PUTRAJAYA: Lima Hakim Mahkamah Rayuan dan sembilan Pesuruhjaya Kehakiman mengangkat sumpah jawatan di Istana Kehakiman di sini hari ini.
Lima Hakim Mahkamah Tinggi yang dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan itu ialah Datuk Ghazali Cha, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Seri Mariana Yahya, Datuk See Mee Chun dan Datuk Hashim Hamzah.
Pesuruhjaya Kehakiman pula ialah Amelati Parnell, Norliza Othman, Hasbullah Adam, Datuk Seri Shamsulbahri Ibrahim, Roslan Mat Noor, Julia Ibrahim, Datuk Mohd Arief Emran Arifin, Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan Lee dan Adlin Abdul Majid.
Pelantikan mereka berkuat kuasa hari ini.
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menghadiri majlis itu yang diadakan secara tertutup pada 2.45 petang dan disiarkan secara langsung melalui portal rasmi Badan Kehakiman Malaysia serta saluran media sosial rasmi YouTube dan Facebook badan kehakiman tersebut.
Mengikut kenyataan media Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan yang baharu itu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusuf manakala lapan pesuruhjaya kehakiman mengangkat sumpah jawatan di hadapan Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed serta seorang lagi (Amelati) mengangkat sumpah jawatan di hadapan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abang Iskandar Abang Hashim.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 01 2021
Lima Hakim Mahkamah Rayuan dan sembilan Pesuruhjaya Kehakiman mengangkat sumpah jawatan di Istana Kehakiman di sini hari ini. - BERNAMA
Gunung Ibu terus aktif, meletus sekali lagi
Gunung Ibu di pulau terpencil Halmahera terletak di Maluku Utara, Indonesia sekali lagi dilaporkan meletus pada jam 11.03 pagi waktu tempatan.
China kuatkuasa undang-undang kurangkan kebergantungan import
Undang-undang keselamatan makanan pertama diperkenalkan China bertujuan mencapai 'sara diri mutlak' bagi bijirin makanan ruji, berkuat kuasa hari ini.
PM Kanada nyatakan sokongan ke arah gencatan senjata
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau menyokong cadangan gencatan senjata di Gaza seperti dikemukakan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.
Pulau Pinang sambut penerbangan terus pertama Juneyao Airlines dari Shanghai ke Malaysia
Pulau Pinang meraikan ketibaan penerbangan terus pertama dari Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong yang dikendalikan Juneyao Airlines.
MUDA gesa PM guna 'supermajority' tubuh IPCMC
Parti MUDA pada Sabtu menggesa Perdana Menteri untuk menggunakan majoriti yang dimilikinya di Dewan Rakyat untuk menubuhkan Suruhanjaya Babas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
Hannah berdiam sebelum ini kerana enggan ganggu siasatan SPRM
Menerusi hantaran di laman X beliau, Menteri Belia dan Sukan itu berkata, siasatan sudah bermula dan beliau mahu segala kebenaran dapat didedahkan selepas isu tersebut disiasat.
Israel seksa tahanan, pesakit Palestin di hospital lapangan
Tiga doktor yang bertugas di hospital lapangan Sde Teiman mendedahkan tawanan dan pesakit rakyat Palestin diseksa semasa dalam tahanan Israel.
[KRONOLOGI] Pembunuhan Zayn Rayyan
Berikut adalah info berkenaan dengan kes pembunuhan Zayn Rayyan
Ibu bapa direman kerana ada perkembangan baharu dalam siasatan
Peguam mewakili ibu bapa Zayn Rayyan, Mahmud Abdul Jumaat, berkata tangkapan dan reman tujuh hari ke atas ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan adalah berdasarkan perkembangan terbaharu yang diperoleh dalam siasatan polis berhubung kes itu.
Isu kontrak suami: "Saya berdiam kerana enggan ganggu siasatan" - Hannah
Menteri Belia dan Sukan itu berkata, siasatan sudah bermula dan beliau mahu segala kebenaran dapat didedahkan selepas isu tersebut disiasat.
Azizul Azmi angkat sumpah jawatan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azizul Azmi Adnan mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai Hakim Mahkamah Rayuan hari ini.
Kes SRC International: Najib gagal bantah Abu Bakar dengar semakan hukumannya
Datuk Seri Najib Tun Razak gagal untuk membantah komposisi Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais daripada senarai hakim-hakim untuk mendengar permohonan semakan sabitan dan hukuman kes SRC.
Kertas siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan selesai - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini, kertas siasatan kes berkenaan sudah selesai dan hanya menunggu arahan selanjutnya.
Siasatan SPRM terhadap Hakim Mohd Nazlan tidak ikut Perlembagaan - Badan Peguam Malaysia
Siasatan itu melanggar doktrin pengasingan kuasa dan juga menjejaskan kebebasan Badan Kehakiman.
Hakim Mohd Nazlan buat laporan polis berhubung artikel sebuah portal berita
Mohd Nazlan buat laporan polis berhubung satu artikel diterbitkan sebuah portal berita yang memuat tuduhan palsu dan berniat jahat.
5 angkat sumpah sebagai Hakim Mahkamah Rayuan, 9 Pesuruhjaya Kehakiman
Lima Hakim Mahkamah Rayuan dan sembilan Pesuruhjaya Kehakiman mengangkat sumpah jawatan di Istana Kehakiman di sini hari ini.
Hakim Mahkamah Rayuan tarik diri daripada mendengar rayuan Anwar
Seorang Hakim Mahkamah Rayuan menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembatalan saman beliau berhubung sabitan dalam kes liwat.
Antara nasi beriani, Malaysia Baharu dan sistem kehakiman - Hamid Backer
Akui dirinya pernah menjadi tukang masak nasi beriyani kepada lebih 10,000 orang tetamu, tidak bermakna apabila beliau menjadi hakim, beliau boleh diganggu dalam penghakimannya.
Perlembangaan Persekutuan perlu diajar sejak di sekolah rendah - Bekas Hakim
Datuk Mohd Noor Abdullah berkata perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan boleh diajar kepada murid-murid berdasarkan tahap pemahaman mereka.